Lafaz yang tersimpan....


kususun lagi bait-bait kata hari ini.
ingin sekali aku ungkapkan kata-kata yang terbuku dalam sanubari.
"aku juga manusia biasa yang punya perasaan.sama macam kamu.
perasaan cinta,marah ,sedih,gembira.
ya,sama seperti kamu.
aku juga mahu mencintai dan menyayangi yang terpilih kerana punya naluri juga sama seperti kamu.
pernahkah terfikir sejenak,..
bagaimana setiap perasaan itu bermain teka-teki dalam diri sendiri.
kerana itu,tidak selalunya kita rasa cinta,kita rasa sedih,kita rasa gembira,
atau tiap-tiap rasa.....pada setiap waktu
....................
kita lihat macam mana perasaan cinta itu datang.
hadirnya tanpa diduga dan tanpa kita sedari.
padahal,mulut kata tidak tapi, hati kata "ya"...
rasa pelik....
ingat...cinta itu adalah satu rasa yang hadirnya tanpa diundang.
pemberi rasa itu....tentunya DIA yang maha kaya dengan cinta pada setiap hambaNYA"

No comments: